Saturday, 13 October 2012

XPDC Royal Belum

Perserta XPDC Royal Belum
Hutan Hujan Belum-Temengor adalah keajaiban alam semula jadi yg hidup lebih 130 juta tahun usia dan merangkumi 300,000 hektar. Ia adalah syurga tropika dan menjadi habitat kepada sebilangan besar spesis haiwan dan tumbuhan,  yang tidak boleh ditemui di tempat lain di dunia. Malah, kajian saintifik menunjukkan bahawa hutan ini adalah bersih, yang masih salah satu rizab hutan terbesar  yang belum “disentuh” di Semenanjung Malaysia dan memegang potensi  yang besar untuk penemuan khazanah biologi.

Terletak di negeri Perak, di sempadan Semenanjung Malaysia dan Thailand, landskap yang menakjubkan,  Rainforest Belum-Temengor mempunyai  lebih 3,000 spesies tumbuhan berbunga, termasuk tiga spesies bunga terbesar di dunia - Rafflesia. Ia juga merupakan habitat semulajadi 64 spesies paku-pakis, 62 spesies lumut, dan mempunyai sebuah tasik yang merupakan habitat kepada 23 spesies ikan air tawar dan 5 spesies penyu. Kompleks hutan keseluruhan adalah kira-kira empat kali saiz Singapura, yang menjadikan ia tempat yang sesuai untuk haiwan besar seperti harimau, gajah dan badak sumbu untuk berkeliaran dan membiak dan tidak terganggu oleh manusia.

Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung   yang  tidak pernah  diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang  tetapi  rumah  kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.
 

Hari pertama  4th oct 2012.
 

Bermula  perjalanan
Seawal  0445am kru lanun  mula berkumpul  di homestay  d’premula ambangan height milik presiden aktivii mohd fauzan bin mohd yusof,persedian di lakukan  setiap kenderaan telah dipastikan dalam keadaan baik dan peralatan untuk dibawa bersama mencukupi..
0500am taklimat ringkas dan baca doa selamat oleh ustaz fauzan bin mohd yusof yang juga presedent aktiviti merupakan  pembuka perjalanan.. enjin telah dipanaskan  dan  6 buah kenderaan bersama  13 org kru lanun mula bergerak. Manakala  kenderan dari putrajaya bersama 4 org kru  dimaklumkan telah sampai ke jeti pulau banding. Perjalana bermula secara berkonvoi  dibantu  oleh marshall terlatih yang juga kru lanun sebagai jurupandu arah utk menuju ke royal belum.. perjalanan di teruskan,sepanjang perjalanan kru-kru di bekalkan dengan alat perhubungan tanpa wayar iaitu radio amature dimana ia dikendalikan oleh kru lanun berlesen (pemenggang  isyarat panggilan yang berdaftar). Perjalanan diteruskan di antara 80km/jam – 90km/jam dan kru launu diawasi sentiasa  berada dalam konvoi. Faktor keselamatan dititik beratkan dimana semua kenderaan yang dikemudikan oleh kru lanu sentiasa mematuhi  peraturan jalan raya yang vditetapkan  dan di arahkan supaya menyalakan lampu sepanjang  tempoh  berkonvoi .
Setelah perjalanan hampir  1jam 25minit kru lanun diarahkan supaya berlabuh di chek point pertama untuk menunaukan solat subuh berjemaah di hentian rehat dan rawat bintang hijau. Selesai menunaikan kewajipan  15 minit kemudian kru lanun di beri taklimat ringkas oleh wakil kru supaya bergerak  ke chek point kedua untuk sarapan pagi di restoren salim kari kepala ikan, Gerik. Perjalanan diteruskan dan kru berada dalam group konvoi dan sentiasa terkawal..

Hentian untuk sarapan pagi di Grik
0745am @ Restoren Salim Kari Kepala Ikan,merupakan chek point kedua untuk sarapan pagi dan  sesi bergambar bersama wakil amature dari Gerik iaitu 9w2hsn@Pak Hussin... setelah sesi pergambaran tamat kami meneruskan perjalanan ke destinasi.. alhamdulillah setelah hampir sejam  perjalanan akhirnya kami tiba ditempat yang di tuju dengan selamat tanpa sebarang halangan dan rintangan.
0900am seperti yang telah dijadualkan kami mula menurunkan peralatan dan keperluan utk digunakan selama 3 hari 2 malam sepajang xpdc dijalankan di Royal Belum..setiap kenderaan dipastikan berada di tempat parking yang selamat dan sistem keselamatan dikunci rapi..setelah berpuas hati dan kami telah didatangi oleh pemilik houseboat  En Zulkarnain @Nan dan senarai nama peserta dibaca dan peserta dipastikan hadir dan cukup kerana bila-bila masa sahaja house boat akan mula bergerak. Kami disuakan dengan  Taklimat ringkas dari Jurupandu houseboat yang juga pengusaha boat ,5 minit berlalu kami mula bergerak dan membawa barang-barang  menaiki house boat..


Teruja
Syukur alhamdulillah semua kru selamat tiba dan berada dalam houseboat dan semua bersedia untuk meneruskan perjalanan seterusnya,houseboat mula bergerak meninggalkan jeti pulau banding dalam kelajuan sederhanan.. setiap kru menikmati keindahan pulau banding seakan memukau pandangan mata.. masing-masing mula menjalankan aktiviti bebas.. keterujaan terus dirasai dan dinikmati..’flash’ mula terhasil dari pelbagai jenama kamera canggih mula berleggar-leggar di ruang maya,setiap sudut tak dibiarkan tertinggal aksi dan paksi sentiasa ter’snap’ dan dirakam.. indahnya ciptan Allah mendamaikan setiap mata yang memandang dan menenagkan setiap jiwa yang menikmati.. indahh...

Sistem perhubungan dan keselamatan
Untuk memastikan keadaan terkawal dan semua peserta sentiasa berada dalam keadaan selamat, sistem perhubungan dan keselamatan tetap diutamakan.. pemasangan peralatan perhubungan seperti radio amature di jalankan dan dikendalikan oleh  9w2afc(Sham),9w2cre(Kri),9w2tny(Katini) dan beberapa orang rakan amature yang berpengalaman.. audio chek dilakukan dari masa kesemasa untuk memastikan perhubungan rakan-rakan xpdc dapat berhubung dengan rakan-rakan didaratan. Frequensi dipastikan betul dan radio diaktifkan dibantu oleh antena dan power suply,setelah diuji dan sistem boleh digunakan semua berpuasa hati frequensi  144.400 mhz di gunakan sepanjang xpdc berlangsung..

Terharu
Beramah mesra bersama orang asli
Bergambar bersama orang asli
1145am kami mula bergerak ntuk menujuk ke kampung damai bersih iaitu perkampungan orang asli keturunan semai, perjalanan mengambil masa  hampir 30 minit dan akhirnya  housebot berlabuh dalam jarak 300 meter dari tebing dan kami di pindahkan ke boat khas untuk ke tebing  dimana perkampungan orang asli ditempatkan. Kedatangan kami disambut mesra oleh Tok Batin Subin bin Asah berusia 50tahun, menurut Tok Batin Subin bin Asah perkampungan orang asli ni baru dibuka hampir 4 bulan dan penduduknya terdiri daripada saudara mara terdekat. Di kenali sebagai Kampung Damai Bersih dan di huni oleh  14 buah keluarga dengan jumlah penduduk seramai 26 orang. Rasa terharu kami tak mampu di bendung  malah tak mampu disembunyikan,ketibaan kami di sambut mesra malah kami dilayan dengan baik meskipun mereka di selubungi kedaifan. Pengalaman cukup indah buat kami melayar di kotak ingatan,meskipun terpisah jauh dari dunia siber namun penduduk orang asli mempunya kekuatan tersendiri dalam menetang arus global.. Kami berpeluang beramah mesra dengan penduduk.. sesi pergambaraan diadakan untuk kenang-kenangan membuktika kami telah pun sampai di Kampung Damai Bersih di abadikan..dalam kemeriahan dan kegembiraan  melesari  flash  terhasil dari kemera canggih tiba-tiba kami dikejutkan dgn bunyi ‘prappp’”patahhhh”..kata salah seorang rakan kami..rupa-rupanya pelantar buluh di dewan mereka patah akibat terpijak rakan kami.keadaan menjadi riuh rendah dalam suasana santai kegembiraan..hummm.... ada juga tanda kehadiran kami buat mereka. Setelah hampir sejam berada di perkampungan orang asli kami mula bersiap untuk balik ke house boat,sebelum meninggalkan perkampungan tersebuat wakil kami telah ,menyampaikan  sedikit sumbangan ikhlas merupakan makanan asasi kepada wakil penduduk orang asli.
Sedikit buah tangan untuk orang asli
 1245pm ..Ketibaan kami dipelantar house boat kami di sediakan dengan pelbagai menu makan  tengah hari ,semua rakan-rakan mula berkumpul untuk  menikmati  juadah tengah hari berlaukkan ikan..di tengah-tengah tasik mestilah ikan merupakan sajian juadah kami di tengah hari yang indah dan redup.. selesai menikmati  juadah kami di arahkan supaya membuat persiapan untuk menunaikan solat berjemaah kerana aktiviti akan bermula pada pukul 0200pm dimana kami akan mendaki untuk melihat bunga terbesar di dunia iaitu reflisia..
0145pm setelah selaesai solat berjemaah kami mula membuat persiapan untuk ke bukit untuk melihat reflisia dan menikmati keindahan alam semulajadi..
Berkayak
0200pm ..Dengan menaiki  2buah bot khas dengan enjin 115hp kami di bawa merentasi tasik royal belum menuju ke bukit dimana menempatkan bunga reflisia. Perjalanan mengambill masa hampir 30 minit untuk sampai di tebing di mana habitat reflisia dihuni. Reflisia merupakan sejenis habitat dari kumpulan bunga berusia 5 tahun 9bulan, 7 hari hayatnya untuk kembang cantik dan mula mengucup bila hampir senja. 0230pm pendakian bermula setelah kami diberi taklimat ringkas oleh jurupandu arah yang dikenali sebagai Pak Lang, orang yang bertanggungjawab menjadi  jurupadu arah kami untuk kedestinasi tersebut. Meskipun kami berhujan ,namun pendakian tetap diteruskan..hampir 45minit berlalu mengharungi laluan berbatu dan agar sukar,berbekalkan semangat dan keterujaan  kami akhirnya  sampai dipuncak dimana reflisia hidup dan berkembang mekar..pengalaman menakjubkan buat kami buat pertama kalinya melihat sendiri reflisia kembang mekar..cantikk!!  0500pm kami diarahkan oleh jurupandu supaya turun dan meninggalkan tempat tersebut memandangkan hujan semakin mengila,faktor keselamatan,cuaca dan goegrafi di titik beratkan utk memastikan xpdc ini berjalan seperti yang dirancang dan tidak meninggalkan kesan buruk pada perserta. Biarpun berhujan kami masih lagi meneruskan aktiviti  santai yang disajikan yang pasti menjanjikan pengalaman indah cukup manis buat kami kenangkan.. pulangnya kami ke houseboat disajikan dengan minum petang beramai-ramai..pada petangnya kami hanya membuat aktiviti sendiri mengikit kehendak hati sendiri. Apa yang pasti kaki-kaki pancing tidak melepaskan peluang untuk terus melayan joran dan mencuba nasib di Tasik Royal Belum.. dengan menaiki 2 buah boat berasingan membawa kaki pancing ke lubuk pancing  utk menawan sebarau mahupun toman utk  dimiliki..setelah menghempas pulas cuba menawan tawanan akhirnya kami dapat menawan seekor toman untuk dibawa pulang ke housebot.. meskipun telah menawan seekor toman namun rasa tidak puas hati masih lagi meniti dibibir kaki pancing..esok masih ada dan tentunya si kaki pancing takkan melepaskan peluang yang ada.. rakan-rakan di houseboat menghabiskan masa dengan bekayak mengelilingi kawasan tasik untuk menikmati suasana senja ditengah-tengah tasik..menjelang senja,kami pulang ke housebot dengan hasil tangkapan untuk dijadikan lauk malam nanti..

Aktiviti santai dan bebas
Sepanjang xpdc berlangsung kami tidak digariskan dengan aktiviti yang padat dan merimaskan..tetapi kami di sajikan dengan pelbagai aktiviti yang santai dan bersahaja,dimana peserta bebas bebuat sebarang aktiviti. Setiap peserta mengambil bahagian masing-masing untuk memenuhi aktiviti terluang, dan ada sebahagian rakan-rakan yang tidak melepaskan peluang untuk melelapkan mata dan merehatkan badan,,..hehehehe..mana ada tidur dalam suasana macam ni kat rumah kan..huhuhuhu seronokkan.... pada malamnya kami buat sebarang aktiviti sendirian,ada yang berkaraoke kononnya pakat-pakat  nak test vokal masing –masing tu..ada yang layan game seperti catur dan yang kepenatan tak lepaskan peluang untuk terus melenakan diri membuai mimpi ..malam semakin larut dan mata aku semakin memberat..




Hari kedua
5th oct 2012..

0600am bermula hari kedua kami di Pulau Banding,kami memulakan pagi penuh damai dengan permulaan sujud dijemaah subuh pertama di tengah-tengah Tasik Royal Belum bersama-sama.. biarpun pada malamnya kami di basahi dan bersimbah hujan hingga ke pagi , namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan xpdc ini.. malah kami semakin teruja untuk meneruskan aktiviti seterusnya.. rakan-rakan yang buat kali pertama melalui pengalaman ini menjadikan xpdc ini sebagai satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan.. setelah selaesai menunaikan solat subuh dan mengaminkan doa memanjat seribu kesyukuran memohon kesejahteraan kami memulakan aktiviti pertama iaitu bersarapan pagi..
Sira Batu
0700am.. Sarapan pagi bermula. Kami disajikan dengan pelbagai sarapan pagi yang dimasak khas oleh tukang masak house boat yang dipertanggungjawab sepanjang xpdc kami. Setelah siap bersarapan ada diantara kami ada yang memilih untuk berkayak secara solo dan bercouple untuk menikmati  suasana ditengah-tengah tasik royal belum,masing-masing memilih menikmati dengan cara dan keadaan yang berbeza, mengabadikan keindahan pagi dengan ber’snap’ dari pelbagai sudut dan gaya tersendiri dan si kaki pancing pula takkan melepaskan peluang untuk keluar  melayarkan joran,. Kaki pancing dibawa dengan bot ke lokasi tidak jauh dari housebot dengan menggunakan bot lain yang di khaskan.. aktiviti traking ke Sira papan atau lebih dikenali Jenuk Papan akan bermula pada petangnya.
0900am ..Jurupandu yang di pertanggungjawab membawa kami selama  xpdc di jalankan bertanggungjawab membawa kami ke Santuary dan mendaki  untuk ke tempat tersebut dengan merentasi titi gantung.. perjalanan makan masa 25minit dari tempat housebot dilabuhkan.. kami mendaki dengan 2 kumpulan kecil untuk sampai ke satuary tersebut. Kami di beri taklimat mengenai sentuary oleh jurupandu yang boleh dipercayai iaitu 9w2pjn yang juga jurupandu yang diamanhkan utk membawa kami ke tempat- taempat yang jadualkan.

Menduga perairan tasik royal belum..

Sempena xpdc royal belum yang berlangsung secara santai dan bersahaja, si kaki pancing pastinya teruja untuk menduga perairan tasik royal belum yang sesungguhnya terkenal dengan pelbagai spesis habitat ikan di dasarnya yang tentunya sukar  didapati di tempat lain.. pasti mengamit seribu memori buat kaki pancing.. dengan berbekalkan set yang sepandan mampu menyegerakan proses pendaratan ikan, seperti joran,g-master untuk castting,g-snap ,kotak memancing,rod ford atau ‘plier’ di bawa bersama serta umpan. Salah seorang tekong atau jurupandu di beri kepercayaan membawa si kaki pancing menduga kehadiran ikan sebarau dan toman di perairan tasik royal belum. Dengan enjin berkuasa  115hp cukup pantas membawa si kaki pancing ke lokasi memancing yang di benarkan..



Tarian memukau

Spesis dari keluarga Toman dan Sebarau....ini mempunyai tarikanya tersendiri apabila terkena matakail selain larianya padu. Lompatan dan tariannya diatas air dalam usaha melepaskan diri diantara igauan si kaki pancing..walau tiada seekor  yang berjaya  didaratkan,namun si kaki pancing tidak berhenti disitu saja malah begitu gigih terus melontar casting masing-masing,meskipun tiada ragutan ia memberi peluang kepada kaki pancing untuk mengatur strategi dan mengubah cara pemancingan.. esok masih ada... cukup teruja bilamana kawanan ikan toman berlegar berhampiran bot dalam jumlah yang agak banyak.. keadaan ini membuatkan si kaki pancing tak pantas duduk diam..walau pun  kami pulang ke housebot tanpa tangkapan  namun  terlukis kepuasan buat kaki pancing....hehehehehe,,sabar-sabar..rehat dulu petang nanti sambung lagi,coz kita nak ke Sira Papan atau lebih dikenali  jenuk papan (hmm..untung nasib dapat lah tengok kijang nanti...)..
 Aktiviti BBQ diatas housebot dan ditengah-tengah tasik royal belum juga satu lagi pengalaman baru buat kami yang pertama kali menikmati keadaan seumpama itu..manakala rakan-rakan yang mempunyai kepakaran  meng’snap’ setiap sudut dan aksi juga tidak melepaskan peluang terbentang di depan mata.. malah keindah senja seakan menguji akan kecanggihan kemeran beribu harga akan kemampuannya meng’snap’ sunset  disore hari..0730pm,ternyata kepulangan kaki pancing utk kali ini tidak sia-sia,kepulangan mereka kali  ini membawa habuan  besar meskipun hanya tiga ekor ikan sebarau dan  seekor toman dibawa bersama untuk dimasak dan dijadikan juadah.
0800pm, Setelah selesai solat maghrib berjemaah dan mengaminkan doa memanjat kesyukuran kerana dipermudahkan xpdc ini, kami memulakan aktiviti sendiri dan melabuhkan badan  untnk merehatkan diri melepaskan penat dan leleh mendaki dan memancing disiang hari..malam menjelma jua..kepekatan malam dinikmati penuh kesyukuran..masing-masin mula melayan mimpi...sweet dream..

***************TIDURLAH SAYANG,MOGA LENAMU MENDAMAIKAN****************

Hari terakhir xpdc
 6th oct 2012..

Hari terakhir merupakan penutup xpdc selama 3 hari 2 malam,dan yang pastinya penamatnya cukup indah buat kami.. seperti hari-hari yang berlalu kami memulakan pagi nan indah baersama seribu doa dgn penuh kesyukuran dgn lafaz doa di akhir jemaah subuh taerakhir..
0735am.. Sarapan pagi bermula kami disajikan dengan mee goreng dan roti goreng dimasak khas oleh tukang masak yang disediakan di housebot.lenser kami sempat merakam aksi bersahaja chef  9w2afc sedang menyediakan sajian nasi goreng  buat kami di pagi akhir xpdc kami, flash berlegar-legar di udara merakam  aksi  tukang masak kami....
Santuari Kelah Sungai Ruok
Air terjun Sungai Ruok
Seawal 0900am kami meneruskan perjalanan terakhir  ke sungai Rouk dan kelah bertapa.. setelah mengharungi pelbagai rintangan berbatu dan licin akhirnya kami sampai  ditempat yang dituju.. rakan-rakan mengambil posisi masing- masing dan tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan ikan-ikan kelah didasar air terjun berbatu.. roti dan biskut di jadikan medium utama utuk menarik minak ikan-ikan tersebuat malah menakjubkan bila ikan-iakn tersebuat seakan berbicara bersama kami..kami sama- sama menikmati gigitan ikan pada kaki.. setiap orang tidak melepas kan peluang menikmati  nyamanya air di kaki bukit tanpa pencemaran..soal kebersihan dititik beratkan pada kami agar alam semulajadi terpelihara tanpa sebarang pencemaran.. selain bermesra bersama ikan-ikan kelah yang jinak ada diantara kami memilih utk melayari ‘flash’ di setiap pelusuk kawasan air terjun,aksi ‘snap’ menyenap terlayar sana sini memenuhi  maya tanpa segan silu.. menikmati tanpa rasa gundah .aksi selam menyelam dari rakan-rakan mahir membuat kami terhibur dan menjerit keseronokkan. namun itu semua bukan titik tolak dan berakhirnya xpdc ini.. setalah hampir  2jam berbasah lencur dan menikmati keindah,tiba masanya utk kami meninggalkan kawasan tersebut dan pulang ke housebot utk menikmati juadah terakhir di boat..sekali lagi kali terpaksa melalui rintangan berbatu dan agak licin utk sampai tempat bot di parking.. walaupun  berat hati untuk meninggalkan namun xpdc kami masih belum tamat, kami meneruskan perjalanan menuju boat dan membuat persiapan terakhir utk upacara tamat xpdc.
1215pm.. kepulangan kami telah pun tersedia dengan juadah tengah hari yang cukup istemewa dimana kami di sajikan dengan hasil tangkapan ikan yang dipancing khas  oleh kaki pancing handal,seronok melihat aksi rakan-rakan menikmati juadah dengan penuh selera.. mana ada kat umah juadah macam ni (hehehehehehe)..auuuuukkkkkkkkkkk!!! masing-masing kekenyangan.. sambil menikmati antara kami sibuk mengemaskan pakaian dan peralatan utk dibawa pulang 
0125pm..Housebot mula bergerak meninggalkan royal belum bersama seribu memori tercipta,walaupun terlalu berat untuk meninggalkan kedamaian Tasik Taman Negara Royal Belum ,namun kami terpaksa jua meninggalkan kerana masih ada tanggunggjawab  yang diamanahkan buat kami menati di sana.. malah tergambar seribu kerinduan terlukis diwajah rakan-rakan pada isteri dan anak-anak setelah hampir 4 hari meninggalkan keluarga,, hampir 45 minit pelayaran maka sampailah kami di jeti pulau banding dan housbot mula berlabuhkan layarnya..sesi pergambaran dan tandatangan pada benner sebagai tanda kami telah pun menamatkan acara xpdc dengan jayanya.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Setibanya kami ditebing jeti dan sesi pergambaran berakhir kami mula memunggah barang2 ke kenderaan masing-masing..namun ia tak berakhir begitu saja apabilka dengan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi tuhan..namun aku masih dalam housebot menikmati detik-detik terakhir  keindahan milik allah azawajalla sehingga renyai hujan berakhir aku baru memulakan langkah pertama meninggalkan housebot dengan sseribu kenangan..indaahhhhh..
0300pm ..Sekali lagi kami dibimbing oleh lead marshall terlatih sebagai jurupandu dan menyusun semula perserta konvoi  dan memastikan rakan konvoi bersedia konvoi untuk pulang ke pengkalan masing-masing.. semua perserta konvoi di pastikan dalam keadaan terkawal dan sentiasa bersedia dari sebarang kemungkinan semasa perjalanan.. kami akhirnya singgah di hentian rehat dan rawat perah utk meninaika solat berjemaah dan merupakan solat terakhir konvoi kami.. tamat solat berjemaah tepat 0500pm kami memulakan perjalanan yang tertangguh untuk kedenstinasi terakhir.. tanpa diduga setelah hampir 20minit berkonvoi kami diberi isyarat dari kenderaan bertentangan  menandakan ada sesuatu menati didepan kami..dengan bantuan perhubungan radio amature kami mendapat informasi dari lead agar berhati-hati dan merapatkan konvoi dan berjaga-jaga dengan kemungkinan yang menanti.. 5 minit kemudia kami dikejutkan dengn pokok tumbang dan kami melepasi ringtangan pertama. Sangkaku itulah ringtangan dan ujian terakhir,setelah hampir 10 minit konvoi kami dikejutkan dengan 2 buah kenderaan awam terbabas di tepi jalan.kami sekali lagi berhenti utk memberi pertolongan cemas dan membantu apa yang termampu..hampir 15 minit berlalu akhirnya rakan-rakan berjaya membantu mangsa yang terbabas dan konvoi diteruskan sehinggalah kami sampai ke destinasi terakhir tepat jam 0700pm.. dgn seribu salam kami meninggalkan pengkalan dan kami berjanji akan meneruskan aktiviti ini dan memperbaiki setiap kelemahan di masa akan datang...



*************sekian terima kasih...amin..terima kasih tuhan************************














3 comments:

  1. Bagus...bagus...blog yang menarik, padat dengan maklumat.

    ReplyDelete
  2. Salam hormat..blog yg menarik...maklumat yg berguna sbg rujukan utk groups sya ke Belum..de 9w2hle..

    ReplyDelete